Sup Tulang

Bahan A (kisar halus) :
  • 1 senduk nasi ketumbar
  • 1/2 senduk nasi jintan manis
  • 1/2 senduk nasi jintan putih
Bahan B :
  • 2 liter air atau lebih
  • 1 kg tulang
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2-3 inci kayu manis
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan C :
  • Mihun / nasi himpit
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauge
  • Cili padi (untuk yang gemar pedas)- digiling
  • Hirisan telur
  • Hirisan kentang yang digoreng
  • Limau kasturi.
Cara :
  1. Kisar halus bahan A dan tumiskan hingga naik bau.
  2. Dalam periuk lain, didihkan air bersama tulang, halia, lengkuas dan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  4. Masukkan serai dan biarkan beberapa minit sehingga tulang betul-betul masak.
  5. Sediakan mihun/nasi himpit di dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup yang telah mendidih dan masak tadi ke dalam mangkuk yang berisi mihun/nasi himpit.
  7. Taburkan bawang goreng, daun sup, tauge, hirisan telur dan kentang goreng dan cili yang telah digiling.
  8. Perahkan limau kasturi (ikut suka).
  9. Sedia untuk dimakan.

Tempe goreng pedas

Bahan :

  • 6 keping tempe
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 gelas air asam jawa
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 1/2 sudu makan udang kering (lumat)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukupnya
Cara :
  1. Tempe dipotong setebal 1/2 inci. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Asingkan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, serbuk cili. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masukkan tempe yang telah digoreng dan bawang besar. Gaul rata.
  5. Biarkan seketika dan kering sedikit.
  6. Sedap dihidangkan bersama nasi panas.

Jem Nenas

Bahan :

  • 250g nenas diparut halus
  • 125g gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen nenas
Cara :
Masakkan ketiga-tiga bahan dengan api yang kecil sehingga pekat.

Pandan Kaya

Bahan :

  • 1 mangkuk telur
  • 3 mangkuk santan pekat
  • 3 mangkuk gula
  • Sedikit pewarna hijau
  • Daun pandan (simpulkan)
Cara :
  1. Telur dan gula dipukul sehingga betul-betul kembang.
  2. Tambahkan santan dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan pandan dan pewarna.
  4. Dengan api perlahan/kecil, kacau hingga likat dan pekat.

Susu Pekat Manis

Hasil : 250mL

Bahan :

  • 500 mL susu segar
  • 100mL gula
nisbah sukatan gula : susu = 1 : 5

Cara : Masak dalam periuk dengan api sederhana hingga likat.

Kek Coklat Kukus


Bahan :

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 biji telur
Cara :
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris minyak.
  6. Tutup dengan Aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di atas kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat, hiaskan, sejukkan.

Caramel Popcorn

Bahan :

  • 3 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 1/2 sudu besar soda bikarbonat
Cara :
  1. Didihkan air di dalam sebuah periuk kecil.
  2. Masukkan gula dan marjerin. Gaul rata.
  3. Campuran hendaklah sentiasa digaul supaya tidak hangus.
  4. Selepas 10 minit, tambahkan soda bikarbonat.
  5. Tuang ke atas popcorn.

Menggaringkan Bawang Goreng

Bawang merah yang digoreng garing sedap dan sesuai dimakan bersama pelbagai jenis masakan terutama sup. Tetapi, kadangkala bawang yang digoreng tidak terlalu garing dan melekat bersama.
Oleh itu, untuk menggaringkan bawang, gaulkan bawang merah yang belum digoreng dengan tepung gandum.

Rambut Gugur

Bahan :

  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk kayu manis
Cara:
  1. Campurkan semua bahan di atas sehingga menjadi pes.
  2. Sapukan bahan tersebut pada rambut dan biarkan selama 15minit.
  3. Basuh dan amalkan sekali seminggu.
Kesan: Khasiat minyak zaitun, madu dan kayu manis mampu mengatasi masalah rambut gugur walaupun bahan-bahan ini digunakan untuk tempoh 5 minit sahaja.

Melambatkan penuaan

Bahan : 
  • 4 sudu madu
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 3 cawan air
Cara :
  1. Didihkan kesemua bahan di atas dan minum 1/4 cawan untuk 3-4 kali sehari.
  2. Gabungan ketiga-tiga bahan ini boleh memberi kesegaran dan kelembutan pada kulit selain melambatkan proses penuaan.
Kesan: Jangka hayat seseorang yang mengamalkan minuman ini juga boleh bertambah disebabkan khasiat kayu manis dan madu.

Kelembapan Kulit

Bahan :

  • 1 cawan susu
  • sebiji pisang
  • 1/2 cawan madu
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan
Cara:
  1. Campurkan semua bahan dan kisar dengan kelajuan sederhana selama 30 saat.
  2. Masukkan separuh daripada campuran ini ke dalam tab mandi bersama air mandian.
  3. Untuk mendapat kesan maksimum, berendamlah selama 20 minit.
Kesan : Susu, madu dan pisang adalah 3 humektan semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

French Crussels


Bahan :

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 susu kecil garam
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum (115g)
  • 3 biji telur
  • 1 susu kecil esen vanila
  • minyak untuk menggoreng
  • Frosting : gula halus/chocolate melt/cinnamon (optional)
Cara :
  1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.
  2. Didihkan, tambahkan tepung gandum dan kacau hingga jadi doh.
  3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan doh dalam piping bag (nozzle shape).
  5. Goreng hingga kekuningan dan hiaskan.

Kek Coklat Lembab




Bahan :

  • 1 sudu kecil ovelet
  • 1 cawan minyak kelapa / mentega
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan air suam
  • 1 tin kecil susu pekat
  • i sudu teh esen vanila
  • Almond cincang/rainbow rice - optional
Topping : 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan planta
Cara :
(Kek)
  1. Pukul telur, minyak dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovalet dan kacau sebati.
  3. Masukkan susu dan esen vanila. Gaul rata.
  4. Masukkan air suam. Gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  6. Bakar pada suhu 180 Celcius sehingga masak.
(Topping) : Campurkan semua bahan di atas dan masak di dalam double-boiling. Tuangkan di atas kek yang dibiarkan sejuk terlebih dahulu.

Kek Lapis India



Bahan :

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula kastor (boleh kurangkan kalau xsuka manis)
100 gm tepung biskut marie (dikisar halus, diayak, baru ditimbang)
50g serbuk santan 397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
1 Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis. 
3. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. 
4. Bakar lapisan pertama hingga masak. 
5. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. 
6. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Chocolate Chip Cookies



Resepi ni sy dapat masa sy tgh study lg. Roommate sy yg bagi. Resepi ni memang sedap, ramai kawan cakap, macam famous amos :)

Bahan :

  • 330g tepung gandum
  • 200g chocolate chip
  • 150g butter
  • 150g gula merah
  • 150g gula kastor
  • 100g walnut/kacang tanah/oat (kisar)
  • 2 biji telur
  • 20g serbuk penaik
  • 20g koko
(gula merah dan gula kastor boleh dikurangkan total kepada 200-250g >>ikut manis)

Cara :
  1. Mentega, gula kastor dan gula merah dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Tambahkan tepung gandum, koko, baking powder, choc chip dan walnut.
  4. Kemudian bakar selama 20-30 minit pada suhu 180 Celcius.

Biskut Semperit / Dahlia



Bahan :

  • 200g marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • buah ceri cincang / rainbow rice (optional)
Cara :
  1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  4. Masukkan dalam piping beg dan bentukkan mengikut citarasa.
  5. Hiaskan dan bakar selama 30-40 minit / hingga masak pada suhu 180 Celcius.

Kek Keju (Cheese Cake)


Bahan :

  • 5 biji telur
  • 3 sudu makan minyak
  • 250g tepung optima
  • 1 buku Cheese Philadelphia (silver)
  • Cheddar Kraft (Biru)
  • 1 tin kecil susu manis
Cara :
  1. Putar telur dengan tepung dan masukkan minyak sampai kembang.
  2. Kemudian bakar sampai masak.
  3. Putar Cheese Philadelphia(silver) dengan susu manis untuk lapis ditengah ataupun bahagian topping.
  4. Parutkan Cheddar Kraft(biru) di bahagian atas kek.
**************************************************

Bahan :
  • 1 kg Anchor Cream Cheese
  • 250g mentega
  • 10 biji telur ( 1 mangkuk )
  • gula halus (1 mangkuk) - sama banyak dengan telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 tin susu pekat manis
Cara :
(Adunan A) : Cream Cheese dan mentega dipukul kembang.
(Adunan B) : gula halus dan telur dipukul hingga likat (pekat). Kemudian tambahkan vanila.

1. Campurkan Adunan A dan B. Gaul sebati.
2. Kemudian tambahkan tepung gandum dan susu pekat. Gaul rata.
3. Kemudian bakar sampai masak.

 * Dah masak, letak loyang berisi kek ke dalam besen/talam berisi air supaya kek tidak pecah. Dah sejuk, boleh masukkan dalam peti sejuk.



Kek Lapis Evergreen



Bahan:

  • 10 biji telur.
  • 260g gula halus.
  • 16 pz Golden Churn ( butter ).
  • 1 cawan susu tepung Nespray.
  • 180g Tepung Hong Kong / gandum.
  • 1 sudu makan ovalet.
  • 1 tin kecil susu manis.
  • 50g serbuk santan.
  • Pewarna hijau pandan paste.
Cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur.
  2. Tambahkan ovalet dan pukul hingga sebati.
  3. Tambahkan susu pekat, Nespray, serbuk santan dan tepung.
  4. Masukkan pewarna hijau dan pandan paste. Gaul rata.
  5. Kemudian masukkan 2 senduk nasi adunan ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
  6. Ulang langkah 5 sampai habis.

Kek Lapis Horlicks



Bahan:

  • 10 biji telur.
  • 1 paket kecil horlicks.
  • 1 tin sederhana susu pekat.
  • 450g mentega.
  • 1/2 gelas gula halus.
  • 1 gelas tepung gandum.
  • 2 sudu kecil vanila.
  • 1 sudu makan ovalet.
  • 1 tin besar sri kaya.
  • Pewarna coklat.
Cara:
1. Pukul mentega dan gula. Kemudian ketepikan.
2. Pukul telur sehingga kembang.
3. Kemudian campurkan No. 1&2.
4. Tambahkan susu pekat Horlicks, sri kaya, tepung gandum, vanila dan ovalet. Kacau 10 minit.
5. Bahagikan kepada 2 atau 3 warna.
6. Kukus 2 senduk setiap warna selama 10 minit.

Kek Lapis Batik Sutera



Bahan A:

  • 10 biji telur gred A
  • 200g gula kastor
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil vanila
Bahan B:
  • 450g mentega
  • 380g susu pekat
Bahan C:
  • 150g sri kaya
  • 100g horlicks
  • 250g tepung Hong Kong
Sedikit pewrna hijau dan merah
1/3 cawan air sejuk (dari peti sejuk)

Cara:
1. Pukul bahan A sampai gebu dan masukkan air sejuk sikit - sikit.
2. Dalam bekas lain, gaul bahan B menggunakan senduk.
3. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan masukkan bahan C.
4. Bahagikan kepada 3 warna (Hijau, merah, plain).
5. Masukkan adunan hijau dan merah ke dalam piping bake berasingan.
6. Bakar 4 lapis plain color.
7. Kemudian paipkan warna merah dan hijau berselang-seli.
8. Untuk layer atas, bakar lagi 4 lapis plain color.

Kek Lapis Tembikai

Kek Lapis Tembikai


Bahan :

  • 10 biji telur ayam
  • 500g mentega (Golden Churn)
  • 450g gula kastor
  • 450g tepung gandum (diayak)
  • 1/2 tin kecil susu pekat manis
  • 2 sudu makan madu
  • 1/2 tin kecil seri kaya
  • 1 sudu makan ovalet
  • sedikit pewarna merah, hijau, kuning
  • chocolate rice/chocolate chip
Cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan susu , madu, seri kaya dan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian mengikut warna.
5. Bakar bahagian hijau 2 lapisan.
6. Kemudian kuning 2 lapisan.
7. Kemudian merah 2 lapisan.
8. Kukus di atas api sederhana.

*******************************************************
Bahan :
  • 10 biji telur
  • 500g mentega
  • 1 gelas gula castor (115g)
  • 3 gelas tepung gandum
  • 1 gelas horlicks
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin kecil seri kaya
  • perisa tembikai (optional)
  • pewarna merah
  • pandan paste
  • choc chip
Cara :
  1. Gula dan mentega digaul kembang.
  2. Tambahkan telur satu persatu.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  4. Tambahkan horlicks dan perasa.
  5. Tambahkan seri kaya, susu dan pukul rata.
  6. Bahagikan 3 warna : 
  7. Masak 3 senduk + pandan paste (buat 3 lapis)
  8. 2 senduk plain colour (buat 2 lapis)
  9. Selebihnya tambah pewarna merah dan tambah choc chip.

Kacang Rangup Berempah

Bahan (dikisar) :

  • 1 kati kacang tanah
  • 10 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • 1 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 7 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu garam
Cara :
1. Gaul dengan tepung dan kacang.
2. Goreng hingga kekuning-kuningan (garing)

Nasi Kuning Bersantan




Bahan :
  • 30 oz. beras Basmathi (beras beriani)
  • 3 inci halia
  • 14 ulas bawang putih (ditumbuk lumat bersama halia)
  • 7 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 8 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 4 sudu makan minyak sapi / marjerin
  • 1 biji cili merah (jika mahu)
Rempah :
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukupnya
Cara:
1. Basuh dan toskan beras. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/marjerin.
2. Tumiskan bawang merah dan rempah. Bila naik bau, masukkan bawang putih dan halia.
3. Kacau sekejap. Masukkan santan, garam dan serbuk kunyit.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan cili merah yang dibelah sedikit sahaja di bahagian tangkainya.
5. Kacau rata dan biarkan hingga masak.

(Boleh dimakan bersama rendang/ayam pedas merah/ayam masak kurma/ apa2 sahaja.)

Hasidah


Bahan :

  • 2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 kati tepung gandum
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 camca besar gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 4 ulas bawang merah (dimayang untuk digoreng) - hiasan.
Cara :
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, telur, minyak sapi, pandan dan kastard ke dalam 3 cawan santan pekat.
2. Jerang di atas api dan kacau hingga kering tetapi jangan melekat pada kuali.
3. Angkat, kepal bulat-bulat dan sejukkan menjadi bentuk yang diingini.
4. Tabur bawang merah yang digoreng di atas hasidah sebagai hiasan dan supaya lebih sedap.

Puding Cempedak Bakar


Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur ayam
  • 160g gula halus
  • 108g isi cempedak (dikisar)
  • 54g santan pekat kelapa
  • 108g susu cair
  • 54g tepung kastard
  • 108g kelapa parut (digaul dengan santan)
Cara :

1. Pukul telur bersama gula hingga sebati.
2. Gaul isi cempedak dengan santan pekat dan susu cair hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung kastard ke dalam adunan setelah sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan untuk dibakar.

Ayam Panggang

Ayam dan sosej yg ak perap untuk reunion. Member mmg suke gile!


Bahan-bahan:

  • Paha Ayam / Sayap Ayam / sosej, etc...
  • Serbuk : jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • Ditumbuk halus : serai, halia, kunyit
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Cara :
Gaul kesemua bahan dan perap selama 1-2 jam. Perap 1 malam lagi sedap! Panggang di atas api sederhana sehingga masak.
Back to Top