Kacang Rangup Berempah

Bahan (dikisar) :

  • 1 kati kacang tanah
  • 10 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • 1 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 7 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu garam
Cara :
1. Gaul dengan tepung dan kacang.
2. Goreng hingga kekuning-kuningan (garing)

Nasi Kuning Bersantan




Bahan :
  • 30 oz. beras Basmathi (beras beriani)
  • 3 inci halia
  • 14 ulas bawang putih (ditumbuk lumat bersama halia)
  • 7 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 8 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 4 sudu makan minyak sapi / marjerin
  • 1 biji cili merah (jika mahu)
Rempah :
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukupnya
Cara:
1. Basuh dan toskan beras. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/marjerin.
2. Tumiskan bawang merah dan rempah. Bila naik bau, masukkan bawang putih dan halia.
3. Kacau sekejap. Masukkan santan, garam dan serbuk kunyit.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan cili merah yang dibelah sedikit sahaja di bahagian tangkainya.
5. Kacau rata dan biarkan hingga masak.

(Boleh dimakan bersama rendang/ayam pedas merah/ayam masak kurma/ apa2 sahaja.)

Hasidah


Bahan :

  • 2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 kati tepung gandum
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 camca besar gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 4 ulas bawang merah (dimayang untuk digoreng) - hiasan.
Cara :
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, telur, minyak sapi, pandan dan kastard ke dalam 3 cawan santan pekat.
2. Jerang di atas api dan kacau hingga kering tetapi jangan melekat pada kuali.
3. Angkat, kepal bulat-bulat dan sejukkan menjadi bentuk yang diingini.
4. Tabur bawang merah yang digoreng di atas hasidah sebagai hiasan dan supaya lebih sedap.

Puding Cempedak Bakar


Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur ayam
  • 160g gula halus
  • 108g isi cempedak (dikisar)
  • 54g santan pekat kelapa
  • 108g susu cair
  • 54g tepung kastard
  • 108g kelapa parut (digaul dengan santan)
Cara :

1. Pukul telur bersama gula hingga sebati.
2. Gaul isi cempedak dengan santan pekat dan susu cair hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung kastard ke dalam adunan setelah sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan untuk dibakar.

Ayam Panggang

Ayam dan sosej yg ak perap untuk reunion. Member mmg suke gile!


Bahan-bahan:

  • Paha Ayam / Sayap Ayam / sosej, etc...
  • Serbuk : jintan manis, jintan putih, ketumbar
  • Ditumbuk halus : serai, halia, kunyit
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Cara :
Gaul kesemua bahan dan perap selama 1-2 jam. Perap 1 malam lagi sedap! Panggang di atas api sederhana sehingga masak.
Back to Top