Buah Melaka / Onde-onde

Buah Melaka

 Bahan :
  • 300ml air+ sedikit pewarna hijau n perasa pandan.. 
  • 250g tpg pulut 
  • 125g tpg gandum
  • gula merah secukupnya(utk inti) -
  • Kelapa parut secukupnya(putih sahaja)+sdikit garam
  • Setengah periuk air 
Cara-cara :
  1. Didihkan air lebih dari setengah periuk.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum ngn pulut. nk guna tepung pulut je pn buleh.. Masukkan ari sikit2, sampai jadi doh, xmelekat kat tangan, janji boleh bulat2kan..hehe:)
  3. titiskan sikit wrna hijau. gaul sebati.
  4. Pastu amek sikit doh, bulat2kan, pastu tekan tengah2 untuk masukkan inti.
  5. Masukkan gula melaka skit, pastu bulatkan lg doh, pastikan inti tengah2 ye..
  6. Masukkan dalam periuk yg dah didih air tadi, tunggu sampai adunan bulat2 tadi timbul kat permukaan, baru keluarkan n tapis. konsep sama ngn nak buat doh puteri mandi.
  7. Pastu golek2 la kt kelapa parut yg dah dicampur ngn garam.
p/s : ciktikah ganti kn gula melaka ngn inti kacang hitam. bulat2kan dulu kacang hitam, baru bubuh dlm doh. yeah, not bad!! =) variasikan kuih anda..ada yg pki ubi keledek, ada yg guna labu. its all on yours:)
karipap pusar

Karipap pusar / spiral curry puff ni ada dua adunan doh : doh minyak dan doh marjerin. ni bukan optional nak pakai doh minyak/doh marjerin ye..BUKAN!! Dua2 ni diperlukan utk menghasilkan karipap pusar..

Bahan-bahan :
A) Doh minyak 
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

B) Doh marjerin 
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. saya suka menggunakan inti keledek. so ada rasa pedas n manis di situ:)

Cara untuk doh :
1.   Untuk doh A, campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan. Bulatkah menjadi seketul doh.
2.   Untuk doh B, gaul sebati tepung dan marjerin dan bulatkan menjadi seketul doh.
p/s : Doh minyak mesti lebih besar dari doh marjerin. Sebab doh marjerin akan dimasukkan ke dalam doh minyak. Bilangan kedua-dua ketul doh mesti sama.
3.   Kemudian, ambil seketul doh A, leperkan secara membulat, agak2 boleh bungkus doh B, masukkan doh B dalam doh A yang dah leper.Balut dan bulatkan.
4.   Gelek lagi doh menjadi leper (lebih baik jadikan segi empat). Pastu gulungkan doh leper tu macam gulung sushi..hehe:)
5.   potong2 doh yang dah digulung tu setebal 1 cm. Guna pisau tajam, hasil lebih cantik.
6.   dah potong2, ambil satu hiris tu doh tu, gelek membulat, pastu nanti nampak bentuk spiral kan... masuk inti,kelip karipap kemas. Sedia untuk digoreng. Make sure inti tak keluar sebab nanti hangus.
p/s : tips buat pastri, lepas uli doh jadi segiempat tadi, masukkan dlm peti ais 5-10 minit, keluarkan semula, gelek doh, masuk peti ais lagi, n gelek lagi, ulang beberapa kali, hasil cantik berlapis2, tapi makan masa..

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek.
Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang, daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Red Bean Bun

i buat 3 shapes : swirl, flower n kipas. bentuk kipas tak nampak..hehe:)


Bahan
 A) :
400g tepung protein tinggi
100g tepung superfine
9g yis segera

 B) :
100g gula halus
5g garam halus
20g tepung susu
5g pelembut roti
5g bread improver

C) :
40g telur (xsampai sebiji)
250g air sejuk (200g air + 50g ais)
80g butter

D) :
500g inti kacang merah

Cara :
 

1.     Technically, first step mesti campur bahan2 kering dulu..Tengok ye,, Campurkan A kemudian gaul rata.
2.     Masukkan B. Make sure yis memang dah sebati dgn tepung, baru masuk kn bahan B. SEBAB? yis jadi tak active bila jumpa ngn garam! Ok, gaul rata lagi.
3.     Masukkan air dan telur, gaul sampai jadi seketul doh.
4.     Masukkan butter dan uli sampai doh jadi lembut, licin, kenyal,liat, tak melekit. Rehat dan kembangkan selama 40-50minit.
5.     Ketul dan timbangkan seberat 60g sebiji dan rehatkan lagi 10-15minit.
6.     Leperkan doh dan intikan dengan kacang merah (30g each). Bentukkan semula menjadi bebola. Leperkan dan hiris dari tepi ke tengah untuk bentuk kelopak bunga. Taburkan bijan/choc rice di tengah. optional : rehatkan lagi 40 minit.
7.     Bakar 200c 12-15 minit. tengok kesesuaian. produce 16 buns.

 p/s : shape tu lot of variations boleh buat ikut kreativiti masing2.. baking is fun!
Back to Top