Burger Bun

sila abaikan roti yg kopak itu.haha:D tp bukan sbb org gigit laaa..  
Bahan :
A)
500g tepung protein tinggi
10g yis segera

B)
50g gula kastor
10g garam
20g susu tepung
2g bread improver
40g telur ayam..bukan itik mahupun angsa:p
260g air sejuk ( 60g ais + 200g air)

C)
50g mentega

Cara :
  1. Masukkan bahan A, kacau rata kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga u rasa sebati (about 1 min). Masukkan pula air dan telur. Putar dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Masukkan mentega dan uli selama 15minit sehingga doh menjadi licin, liat dan kental. kalau pki machine dlm 15-20 minit, tp kena cek jugk doh tu sampai betul2 cantik. klu uli tangan, nk sejam jugak.. nnt i update pasal how to check dough yg da ready nk perap.ok ;)
  2. Rehat dan kembangkan selama 40-50 minit sehingga kembang sekali ganda. ( rehat kt tempat panas2 and tutup ngn plastic wrap/kain basah.
  3. Ketul dan timbangkan menjadi seberat 70g sebiji (lepas masak size bun lebih kurg cm burger kt KFC je).. klu nak besar skit, guna 80-90g seketul. Rehat 10-15 minit lagi.
  4. Bentuk kan sekali lagi. Tabur bijan. Kembangkan lagi 40-50 minit sampai kembang. Letak atas dulang pembakar.
  5. Bakar 210c selama 10-12minit lepas pre-heat oven :)
Back to Top