Nasi Kuning Bersantan




Bahan :
  • 30 oz. beras Basmathi (beras beriani)
  • 3 inci halia
  • 14 ulas bawang putih (ditumbuk lumat bersama halia)
  • 7 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 8 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 4 sudu makan minyak sapi / marjerin
  • 1 biji cili merah (jika mahu)
Rempah :
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukupnya
Cara:
1. Basuh dan toskan beras. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/marjerin.
2. Tumiskan bawang merah dan rempah. Bila naik bau, masukkan bawang putih dan halia.
3. Kacau sekejap. Masukkan santan, garam dan serbuk kunyit.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan cili merah yang dibelah sedikit sahaja di bahagian tangkainya.
5. Kacau rata dan biarkan hingga masak.

(Boleh dimakan bersama rendang/ayam pedas merah/ayam masak kurma/ apa2 sahaja.)
Back to Top