karipap pusar

Karipap pusar / spiral curry puff ni ada dua adunan doh : doh minyak dan doh marjerin. ni bukan optional nak pakai doh minyak/doh marjerin ye..BUKAN!! Dua2 ni diperlukan utk menghasilkan karipap pusar..

Bahan-bahan :
A) Doh minyak 
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

B) Doh marjerin 
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. saya suka menggunakan inti keledek. so ada rasa pedas n manis di situ:)

Cara untuk doh :
1.   Untuk doh A, campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan. Bulatkah menjadi seketul doh.
2.   Untuk doh B, gaul sebati tepung dan marjerin dan bulatkan menjadi seketul doh.
p/s : Doh minyak mesti lebih besar dari doh marjerin. Sebab doh marjerin akan dimasukkan ke dalam doh minyak. Bilangan kedua-dua ketul doh mesti sama.
3.   Kemudian, ambil seketul doh A, leperkan secara membulat, agak2 boleh bungkus doh B, masukkan doh B dalam doh A yang dah leper.Balut dan bulatkan.
4.   Gelek lagi doh menjadi leper (lebih baik jadikan segi empat). Pastu gulungkan doh leper tu macam gulung sushi..hehe:)
5.   potong2 doh yang dah digulung tu setebal 1 cm. Guna pisau tajam, hasil lebih cantik.
6.   dah potong2, ambil satu hiris tu doh tu, gelek membulat, pastu nanti nampak bentuk spiral kan... masuk inti,kelip karipap kemas. Sedia untuk digoreng. Make sure inti tak keluar sebab nanti hangus.
p/s : tips buat pastri, lepas uli doh jadi segiempat tadi, masukkan dlm peti ais 5-10 minit, keluarkan semula, gelek doh, masuk peti ais lagi, n gelek lagi, ulang beberapa kali, hasil cantik berlapis2, tapi makan masa..

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek.
Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang, daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Back to Top