Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Nasi Kuning

This time I nak share pasal Nasi Kuning yg i rasa boleh dijumpai di area Pantai Barat Sabah (tawau,lahad datu etc) stakat ni mmg susah la nk jumpa tmpt lain.
Kecuali owner warung/restaurant/gerai tu org pantai barat sabah..hehe:) 
Heyy!! why im typing this entry di tengah2 ni?? *sigh. setting tak bleh tukar.
So, first i buat kelapa goreng..



i goreng kelapa ni tanpa minyak sampai brownish colour. wangi dia mmg sedap laa, satu rumah jd lapaq.
all of sudden cara buat dia ada two methods sebab i salah buat, so i had to think the other way nk campur bahan utk kelapa goreng..
So, first method, you have to slice few chillies and lemongrass into thin pieces. quantity ikut you all suka pedas bubuh la cili lebih..lemongrass I guna 2 btg..n then tumbuk kt lesung sampai lumat besama2 ngn kelapa goreng. put some sugar n salt.mix well. pastu sangai la sampai brown n wangi..jgn hangus sudey...
Second Method ni 'invented' by myself sbb i salah buat, i goreng dulu kelapa, da siap cantik punya, tanya kt bibik, dia org bugis Samarinda, kenapa kelapa parut xsama cm kt kedai. xde rasa pun. sebab slalu me n my mom buat nasi kuning ni tak buat pun kelapa goreng ni..
So she told me, i have to put some lemongrass and chillies. so, Second Method : i goreng siap2 kelapa ni. pastu i tumbuk lumat cili ngn lemongrass, pastu i sangai sekejap kt pan. da agak2 wangi bau pedas2, br masukkn kelapa goreng yg dah ditumbuk halus.. pastu br campur ngn salt n sugar. Ketepikan.

 

Pastu goreng simple sampai garing beberapa ekor ikan..ikan jenis cm ikan kembung pun sedap. yg sewaktu dengannya lah, i xtau jenis ikan so i bleh describe mcm ikan kembung je..haha:D
i goreng simple2, turmeric powder + salt. klu nk goreng pki asam jawa pun boleh. suka hati. asal goreng n ada rasa. Ketepikan.


Ok, untuk sambal, ambil beberapa cili kering, mcm biasa, basuh, gunting, rebus, blend. Portion nk berapa banyak ikut suka, nk sambal lebih, kasi banyak la cili kering.. nk guna cili boh ready pack pn boleh, no hal.
I buat, kira 1 jari kelingking lagi nk penuh blender tu..hehehe:) byk la jugak..
oh ye, u malas nak tumbuk bawang merah n bawang putih, u bleh blend skali ngn cili kering tu..
Panaskan minyak kt kuali, tumis cili yg dah di blend tadi n masukkan 2 btg serai, kasi pecah minyak..tu term yg kitorg used lah..i xtau korg guna term apa pulak kan..hehe:) tp kira cm minyak n cili blend td dah bersatu..klu x, nnt korg sakit perut ulang alik g toilet..lagi2 klu guna cili boh dlm packet..so, be careful!
Masukkan semangkuk kecil air asam jawa. klu guna pes, approx 3tbspn kot..agak2 la jangan masam.. ingat, i guna byk cili kering taw..
n then u gaul2, masukkan salt n sugar secukup rasa. hint utk sambal ni, sugar yg banyak br sedap..tp agak2 la jgn sampai kena kencing manis..hehe:p
pastu da sebati, masukkan ikan goreng td, gaul kt medium heat..biar sebati kejap.

Pastu untuk Nasi ny, sini xde pulak ambil gambar..nasi masak mcm biasa..cuma i ganti air biasa ngn santan pekat + santan cair. pastu masukkan serbuk kunyit (ikut u nk kuning mcm mn).. pastu masukkan halia (potong halus. tiny n thin pieces), Rempah halba n salt.Gaul. lepas dah masak nasinya, i gaul lagi sebab santan ny confirm ada yg xsebati sgt, pastu masak sekejap semula..klu da masak, perrhh..sedap bau ny!!

ok, da siap!!

p/s : i dont like to put 'a cup', '2 tbsp', or whatsoever portion yg u 'terikat' utk masak2 mcm ni, sbb i rasa, citarasa n lidah masing2 berbeza..u nk rasa lemak lebih,u buat la santan pekat lebih kan, u nk masin skit, u buat masin, u nk pedas, u tmbh lg cili..so, ya laa..klu cake and biscuits should be ada '2 cups', 'a teaspoon, '1liter' n bla3 kn.. so, happy trying! hehehehe:)

yayy!! panjang ny entri..but very useful! 

Nasi Kuning Bersantan




Bahan :
  • 30 oz. beras Basmathi (beras beriani)
  • 3 inci halia
  • 14 ulas bawang putih (ditumbuk lumat bersama halia)
  • 7 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 8 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 4 sudu makan minyak sapi / marjerin
  • 1 biji cili merah (jika mahu)
Rempah :
  • 1/2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukupnya
Cara:
1. Basuh dan toskan beras. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/marjerin.
2. Tumiskan bawang merah dan rempah. Bila naik bau, masukkan bawang putih dan halia.
3. Kacau sekejap. Masukkan santan, garam dan serbuk kunyit.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan cili merah yang dibelah sedikit sahaja di bahagian tangkainya.
5. Kacau rata dan biarkan hingga masak.

(Boleh dimakan bersama rendang/ayam pedas merah/ayam masak kurma/ apa2 sahaja.)
Back to Top