Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Homemade breakfast!


Here i am sharing you my big breakfast, oh, homemade..

Hash Browns ( i beli ready pack )
olive oil
2 crab sticks
egg with mayo
dressings : black pepper sauce and mayo.

Ok, fry them with some olive oil for healthy reason. hehe:)
n then mkn ngn dressings yg u suka..simple.
 

Tempe goreng pedas

Bahan :

  • 6 keping tempe
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 gelas air asam jawa
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 1/2 sudu makan udang kering (lumat)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukupnya
Cara :
  1. Tempe dipotong setebal 1/2 inci. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Asingkan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, serbuk cili. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masukkan tempe yang telah digoreng dan bawang besar. Gaul rata.
  5. Biarkan seketika dan kering sedikit.
  6. Sedap dihidangkan bersama nasi panas.

Caramel Popcorn

Bahan :

  • 3 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 1/2 sudu besar soda bikarbonat
Cara :
  1. Didihkan air di dalam sebuah periuk kecil.
  2. Masukkan gula dan marjerin. Gaul rata.
  3. Campuran hendaklah sentiasa digaul supaya tidak hangus.
  4. Selepas 10 minit, tambahkan soda bikarbonat.
  5. Tuang ke atas popcorn.

French Crussels


Bahan :

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 susu kecil garam
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum (115g)
  • 3 biji telur
  • 1 susu kecil esen vanila
  • minyak untuk menggoreng
  • Frosting : gula halus/chocolate melt/cinnamon (optional)
Cara :
  1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.
  2. Didihkan, tambahkan tepung gandum dan kacau hingga jadi doh.
  3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan doh dalam piping bag (nozzle shape).
  5. Goreng hingga kekuningan dan hiaskan.
Back to Top