Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Menggaringkan Bawang Goreng

Bawang merah yang digoreng garing sedap dan sesuai dimakan bersama pelbagai jenis masakan terutama sup. Tetapi, kadangkala bawang yang digoreng tidak terlalu garing dan melekat bersama.
Oleh itu, untuk menggaringkan bawang, gaulkan bawang merah yang belum digoreng dengan tepung gandum.

Rambut Gugur

Bahan :

  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk kayu manis
Cara:
  1. Campurkan semua bahan di atas sehingga menjadi pes.
  2. Sapukan bahan tersebut pada rambut dan biarkan selama 15minit.
  3. Basuh dan amalkan sekali seminggu.
Kesan: Khasiat minyak zaitun, madu dan kayu manis mampu mengatasi masalah rambut gugur walaupun bahan-bahan ini digunakan untuk tempoh 5 minit sahaja.

Melambatkan penuaan

Bahan : 
  • 4 sudu madu
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 3 cawan air
Cara :
  1. Didihkan kesemua bahan di atas dan minum 1/4 cawan untuk 3-4 kali sehari.
  2. Gabungan ketiga-tiga bahan ini boleh memberi kesegaran dan kelembutan pada kulit selain melambatkan proses penuaan.
Kesan: Jangka hayat seseorang yang mengamalkan minuman ini juga boleh bertambah disebabkan khasiat kayu manis dan madu.

Kelembapan Kulit

Bahan :

  • 1 cawan susu
  • sebiji pisang
  • 1/2 cawan madu
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan
Cara:
  1. Campurkan semua bahan dan kisar dengan kelajuan sederhana selama 30 saat.
  2. Masukkan separuh daripada campuran ini ke dalam tab mandi bersama air mandian.
  3. Untuk mendapat kesan maksimum, berendamlah selama 20 minit.
Kesan : Susu, madu dan pisang adalah 3 humektan semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Back to Top