Showing posts with label Roti dan Bun. Show all posts
Showing posts with label Roti dan Bun. Show all posts

Burger Bun

sila abaikan roti yg kopak itu.haha:D tp bukan sbb org gigit laaa..  
Bahan :
A)
500g tepung protein tinggi
10g yis segera

B)
50g gula kastor
10g garam
20g susu tepung
2g bread improver
40g telur ayam..bukan itik mahupun angsa:p
260g air sejuk ( 60g ais + 200g air)

C)
50g mentega

Cara :
  1. Masukkan bahan A, kacau rata kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga u rasa sebati (about 1 min). Masukkan pula air dan telur. Putar dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Masukkan mentega dan uli selama 15minit sehingga doh menjadi licin, liat dan kental. kalau pki machine dlm 15-20 minit, tp kena cek jugk doh tu sampai betul2 cantik. klu uli tangan, nk sejam jugak.. nnt i update pasal how to check dough yg da ready nk perap.ok ;)
  2. Rehat dan kembangkan selama 40-50 minit sehingga kembang sekali ganda. ( rehat kt tempat panas2 and tutup ngn plastic wrap/kain basah.
  3. Ketul dan timbangkan menjadi seberat 70g sebiji (lepas masak size bun lebih kurg cm burger kt KFC je).. klu nak besar skit, guna 80-90g seketul. Rehat 10-15 minit lagi.
  4. Bentuk kan sekali lagi. Tabur bijan. Kembangkan lagi 40-50 minit sampai kembang. Letak atas dulang pembakar.
  5. Bakar 210c selama 10-12minit lepas pre-heat oven :)

Red Bean Bun

i buat 3 shapes : swirl, flower n kipas. bentuk kipas tak nampak..hehe:)


Bahan
 A) :
400g tepung protein tinggi
100g tepung superfine
9g yis segera

 B) :
100g gula halus
5g garam halus
20g tepung susu
5g pelembut roti
5g bread improver

C) :
40g telur (xsampai sebiji)
250g air sejuk (200g air + 50g ais)
80g butter

D) :
500g inti kacang merah

Cara :
 

1.     Technically, first step mesti campur bahan2 kering dulu..Tengok ye,, Campurkan A kemudian gaul rata.
2.     Masukkan B. Make sure yis memang dah sebati dgn tepung, baru masuk kn bahan B. SEBAB? yis jadi tak active bila jumpa ngn garam! Ok, gaul rata lagi.
3.     Masukkan air dan telur, gaul sampai jadi seketul doh.
4.     Masukkan butter dan uli sampai doh jadi lembut, licin, kenyal,liat, tak melekit. Rehat dan kembangkan selama 40-50minit.
5.     Ketul dan timbangkan seberat 60g sebiji dan rehatkan lagi 10-15minit.
6.     Leperkan doh dan intikan dengan kacang merah (30g each). Bentukkan semula menjadi bebola. Leperkan dan hiris dari tepi ke tengah untuk bentuk kelopak bunga. Taburkan bijan/choc rice di tengah. optional : rehatkan lagi 40 minit.
7.     Bakar 200c 12-15 minit. tengok kesesuaian. produce 16 buns.

 p/s : shape tu lot of variations boleh buat ikut kreativiti masing2.. baking is fun!
Back to Top