Sup Tulang

Bahan A (kisar halus) :
  • 1 senduk nasi ketumbar
  • 1/2 senduk nasi jintan manis
  • 1/2 senduk nasi jintan putih
Bahan B :
  • 2 liter air atau lebih
  • 1 kg tulang
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2-3 inci kayu manis
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan C :
  • Mihun / nasi himpit
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauge
  • Cili padi (untuk yang gemar pedas)- digiling
  • Hirisan telur
  • Hirisan kentang yang digoreng
  • Limau kasturi.
Cara :
  1. Kisar halus bahan A dan tumiskan hingga naik bau.
  2. Dalam periuk lain, didihkan air bersama tulang, halia, lengkuas dan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  4. Masukkan serai dan biarkan beberapa minit sehingga tulang betul-betul masak.
  5. Sediakan mihun/nasi himpit di dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup yang telah mendidih dan masak tadi ke dalam mangkuk yang berisi mihun/nasi himpit.
  7. Taburkan bawang goreng, daun sup, tauge, hirisan telur dan kentang goreng dan cili yang telah digiling.
  8. Perahkan limau kasturi (ikut suka).
  9. Sedia untuk dimakan.

Tempe goreng pedas

Bahan :

  • 6 keping tempe
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 gelas air asam jawa
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 1/2 sudu makan udang kering (lumat)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukupnya
Cara :
  1. Tempe dipotong setebal 1/2 inci. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Asingkan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, serbuk cili. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masukkan tempe yang telah digoreng dan bawang besar. Gaul rata.
  5. Biarkan seketika dan kering sedikit.
  6. Sedap dihidangkan bersama nasi panas.

Jem Nenas

Bahan :

  • 250g nenas diparut halus
  • 125g gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen nenas
Cara :
Masakkan ketiga-tiga bahan dengan api yang kecil sehingga pekat.

Pandan Kaya

Bahan :

  • 1 mangkuk telur
  • 3 mangkuk santan pekat
  • 3 mangkuk gula
  • Sedikit pewarna hijau
  • Daun pandan (simpulkan)
Cara :
  1. Telur dan gula dipukul sehingga betul-betul kembang.
  2. Tambahkan santan dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan pandan dan pewarna.
  4. Dengan api perlahan/kecil, kacau hingga likat dan pekat.

Susu Pekat Manis

Hasil : 250mL

Bahan :

  • 500 mL susu segar
  • 100mL gula
nisbah sukatan gula : susu = 1 : 5

Cara : Masak dalam periuk dengan api sederhana hingga likat.

Kek Coklat Kukus


Bahan :

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 biji telur
Cara :
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris minyak.
  6. Tutup dengan Aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di atas kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat, hiaskan, sejukkan.

Caramel Popcorn

Bahan :

  • 3 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 1/2 sudu besar soda bikarbonat
Cara :
  1. Didihkan air di dalam sebuah periuk kecil.
  2. Masukkan gula dan marjerin. Gaul rata.
  3. Campuran hendaklah sentiasa digaul supaya tidak hangus.
  4. Selepas 10 minit, tambahkan soda bikarbonat.
  5. Tuang ke atas popcorn.
Back to Top