Buah Melaka / Onde-onde

Buah Melaka

 Bahan :
  • 300ml air+ sedikit pewarna hijau n perasa pandan.. 
  • 250g tpg pulut 
  • 125g tpg gandum
  • gula merah secukupnya(utk inti) -
  • Kelapa parut secukupnya(putih sahaja)+sdikit garam
  • Setengah periuk air 
Cara-cara :
  1. Didihkan air lebih dari setengah periuk.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum ngn pulut. nk guna tepung pulut je pn buleh.. Masukkan ari sikit2, sampai jadi doh, xmelekat kat tangan, janji boleh bulat2kan..hehe:)
  3. titiskan sikit wrna hijau. gaul sebati.
  4. Pastu amek sikit doh, bulat2kan, pastu tekan tengah2 untuk masukkan inti.
  5. Masukkan gula melaka skit, pastu bulatkan lg doh, pastikan inti tengah2 ye..
  6. Masukkan dalam periuk yg dah didih air tadi, tunggu sampai adunan bulat2 tadi timbul kat permukaan, baru keluarkan n tapis. konsep sama ngn nak buat doh puteri mandi.
  7. Pastu golek2 la kt kelapa parut yg dah dicampur ngn garam.
p/s : ciktikah ganti kn gula melaka ngn inti kacang hitam. bulat2kan dulu kacang hitam, baru bubuh dlm doh. yeah, not bad!! =) variasikan kuih anda..ada yg pki ubi keledek, ada yg guna labu. its all on yours:)
karipap pusar

Karipap pusar / spiral curry puff ni ada dua adunan doh : doh minyak dan doh marjerin. ni bukan optional nak pakai doh minyak/doh marjerin ye..BUKAN!! Dua2 ni diperlukan utk menghasilkan karipap pusar..

Bahan-bahan :
A) Doh minyak 
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

B) Doh marjerin 
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. saya suka menggunakan inti keledek. so ada rasa pedas n manis di situ:)

Cara untuk doh :
1.   Untuk doh A, campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan. Bulatkah menjadi seketul doh.
2.   Untuk doh B, gaul sebati tepung dan marjerin dan bulatkan menjadi seketul doh.
p/s : Doh minyak mesti lebih besar dari doh marjerin. Sebab doh marjerin akan dimasukkan ke dalam doh minyak. Bilangan kedua-dua ketul doh mesti sama.
3.   Kemudian, ambil seketul doh A, leperkan secara membulat, agak2 boleh bungkus doh B, masukkan doh B dalam doh A yang dah leper.Balut dan bulatkan.
4.   Gelek lagi doh menjadi leper (lebih baik jadikan segi empat). Pastu gulungkan doh leper tu macam gulung sushi..hehe:)
5.   potong2 doh yang dah digulung tu setebal 1 cm. Guna pisau tajam, hasil lebih cantik.
6.   dah potong2, ambil satu hiris tu doh tu, gelek membulat, pastu nanti nampak bentuk spiral kan... masuk inti,kelip karipap kemas. Sedia untuk digoreng. Make sure inti tak keluar sebab nanti hangus.
p/s : tips buat pastri, lepas uli doh jadi segiempat tadi, masukkan dlm peti ais 5-10 minit, keluarkan semula, gelek doh, masuk peti ais lagi, n gelek lagi, ulang beberapa kali, hasil cantik berlapis2, tapi makan masa..

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek.
Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang, daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Red Bean Bun

i buat 3 shapes : swirl, flower n kipas. bentuk kipas tak nampak..hehe:)


Bahan
 A) :
400g tepung protein tinggi
100g tepung superfine
9g yis segera

 B) :
100g gula halus
5g garam halus
20g tepung susu
5g pelembut roti
5g bread improver

C) :
40g telur (xsampai sebiji)
250g air sejuk (200g air + 50g ais)
80g butter

D) :
500g inti kacang merah

Cara :
 

1.     Technically, first step mesti campur bahan2 kering dulu..Tengok ye,, Campurkan A kemudian gaul rata.
2.     Masukkan B. Make sure yis memang dah sebati dgn tepung, baru masuk kn bahan B. SEBAB? yis jadi tak active bila jumpa ngn garam! Ok, gaul rata lagi.
3.     Masukkan air dan telur, gaul sampai jadi seketul doh.
4.     Masukkan butter dan uli sampai doh jadi lembut, licin, kenyal,liat, tak melekit. Rehat dan kembangkan selama 40-50minit.
5.     Ketul dan timbangkan seberat 60g sebiji dan rehatkan lagi 10-15minit.
6.     Leperkan doh dan intikan dengan kacang merah (30g each). Bentukkan semula menjadi bebola. Leperkan dan hiris dari tepi ke tengah untuk bentuk kelopak bunga. Taburkan bijan/choc rice di tengah. optional : rehatkan lagi 40 minit.
7.     Bakar 200c 12-15 minit. tengok kesesuaian. produce 16 buns.

 p/s : shape tu lot of variations boleh buat ikut kreativiti masing2.. baking is fun!

Japanese Cheese Cake

Japanese Cheese Cake yang ciktikah tambah chocolate sikit jadi lebih dramatik.Gile sedap!


Bahan :
A)
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 mL fresh milk
B)
  • 140g gula
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil lemon juice (optional)
C)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar lemon juice (optional)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 60g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
Cara :
  1. Double-boiling bahan A sampai sebati dan cair semuanya. Ketepikan. 
  2. Mix telur dan lemon sampai foamy. Pastu, tambahkan gula, pukul sampai soft peak. Nak tau soft peak ke tak, lepas kembang tu, telangkup kan bekas adunan tu, kalau adunan tak jatuh, soft peak la tuh (ala2 bertanduk) means, adunan you all dah ok..
  3.  Kemudian, campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata. Masuk dalam loyang yang dah digris kan.
  4. Bakar dalam oven suhu 160c selama sejam. TAPI! dengan cara au bain-marie (waterbath).  Masuk kan air sikit dalam satu lagi loyang lain yang lagi besar dari loyang kek tadi. (saya guna tray untuk buat biskut, ok gak..).
  5. Letak kan loyang kek atas tray yang dah berisi air. Tapi kalau guna loyang sring form/tapak ny yang bleh tanggal tu, kne la lapik loyang kek tu dgn aluminium foil. Kalau x, nanti air utk waterbath tu boleh masuk, kek xjadi..hehe:)
Oh ye, topping nya puan2, abang2, akak2 boleh bubuh susu pekat manis kt atas, lepas tu parut la cheese ye.. tu jee.. :)

p/s : Kek jenis ni lagi lembut dari yang bakar without water
..Kalau nak kukus pun boleh gak..:) lg lembut. cucuk ngan lidi kalau nak tau da masak ke x..kalau lidi still ada ketul2 kek tu, tak masak lagi la kek anda..hehe:) Selamat Mencuba..=D

Sumber inspirasi Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa. Thanx Sher :)

Sambal Tumis Super Power!

Sambal ni mmg menjadi kegilaan family ciktikah..Klu makan ni memang menangis air mata kegembiraan dpt menikmati sambal tumis resepi keturunan nenek moyang ciktikah..hehe:)

Bahan :
  • Cili padi sebanyak yang mungkin. (utk yg suka pedas-lagi pedas lagi mendidih perut)
  • 1/2 mangkuk air asam jawa ATAU 1 sudu makan pes asam jawa (seedless)
  • 3 sudu makan gula.
  • 1 sudu makan garam. (approx.)
  • air sedikit (optional)
  • 3-4 ulas bawang putih.
  • minyak utk menumis 
Cara :
  1. Blend cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk, tumbuk laa, jgn lupa pki goggle. haha
  2. pastu panaskan minyak, tumis bahan blend tadi.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, garam.
  4. Kalau rasa pekat, tambah la air. Tapi biasa nya ciktikah memang buat pekat..:) 
p/s : salu buat sambal ni bahan tu main campak2, main agak2. So sape2 rasa tkurang ke tsedap ke, pandai2 la adjust..Rahsia sambal ni, rasa garam n gula kena belen..tp salu sambal ni, klu manis la sodap. n bawang putih itu adalah subjek utama. Sambal ni tahan lama, tapi syarat kena letak kt peti ais-atas/bwh xkesah.

Kek Pisang (Banana Cake)

versi Paling Gebu dan Paling Sedap (serius!)

Bahan :
  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur gred B
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri ATAU (tepung gandum + serbuk penaik)
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung (memberikan kerangupan kt tepi2 kek)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • secubit garam
Cara :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
  4. Masukkan kedua-dua jenis tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan pula minyak dan gaul lagi...
  6.  Masukkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan.
  7. Bakar selama lebih kurang 45 minit pada suhu 180c.
p/s : resepi ni memang menjadi. selaluny buat xde org nk makan, tp yg ni, liciiiiinnn!!! xsempat pn nk amek gamba..:(

Sup Tulang

Bahan A (kisar halus) :
  • 1 senduk nasi ketumbar
  • 1/2 senduk nasi jintan manis
  • 1/2 senduk nasi jintan putih
Bahan B :
  • 2 liter air atau lebih
  • 1 kg tulang
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2-3 inci kayu manis
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan C :
  • Mihun / nasi himpit
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauge
  • Cili padi (untuk yang gemar pedas)- digiling
  • Hirisan telur
  • Hirisan kentang yang digoreng
  • Limau kasturi.
Cara :
  1. Kisar halus bahan A dan tumiskan hingga naik bau.
  2. Dalam periuk lain, didihkan air bersama tulang, halia, lengkuas dan bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  4. Masukkan serai dan biarkan beberapa minit sehingga tulang betul-betul masak.
  5. Sediakan mihun/nasi himpit di dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup yang telah mendidih dan masak tadi ke dalam mangkuk yang berisi mihun/nasi himpit.
  7. Taburkan bawang goreng, daun sup, tauge, hirisan telur dan kentang goreng dan cili yang telah digiling.
  8. Perahkan limau kasturi (ikut suka).
  9. Sedia untuk dimakan.
Back to Top